Sunday, January 27, 2013

Agenda Yahudi Menakluk Dunia




Sinopsis

Tipu daya Yahudi selagi hayat Yahudi masih wujud, selagi itu dunia hilang nilai keamanan, kedamaian dan keharmonian. Perancangan Yahudi yang pelbagai perlu dikaji supaya umat Islam dapat mengenal akar solusi melawan pihak Yahudi. Kebiadabaan Yahudi membuka mata dunia apabila misi bantuan ke Gaza diserang pihak Yahudi. Sifat mereka yang suka menecroboh dan melakukan onar diterangkan Allah melalui surah al-Maidah ayat 62. "Dan engkau lihat kebanyakan daripada mereka berlumba-lumba melakukan dosa dan pencerobohan serta memakan yang haram. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan."
Melihat sisi penerbitan buku Agenda Yahudi Menakluk Dunia tulisan Sabaruddin Hussien. Pendedahan berkenaan cara mereka cuba menguasai dunia daripada segi penguasaan fizikal, ekonomi dan seterusnya penjajahan pemikiran. Ketahui juga 24 protokol yang menjadi panduan untuk tindakan bangsa mereka bagi merangka kerajaan Yahudi antarabangsa yang memerintah dunia. Masanya umat Islam bersatu menghalang protokol mereka dengan menyedari helah mereka daripada surah al-Maidah ayat 82 menerangkan. "Pasti kamu akan dapati, orang yang paling kuat penentangan terhadap orang yang beriman adalah orang Yahudi dan orang yang menyekutukan Allah..."
Kembali kepada ajaran Quran dan Sunnah, memudahkan umat Islam mengetahui perangai Yahudi dan taktik mereka yang cukup licik menyampaikan ideologi ciptaan mereka bagi menyesatkan semua bangsa bukan Yahudi.
Di sebalik rasa marah masyarakat dunia kepada Amerika, ramai tidak mengetahui tangan-tangan hitam Yahudi yang mendalangi segala tindakan mereka. Presiden, walau apa pun warna kulit dan pengangan politiknya, hanya boneka yang mengiyakan segala dasar Yahudi dan Zionis. Buku ini, memperincikan pengaruh mereka di Amerika daripada sudut politik, kewangan dan sosial.
Amerika yang mempunyai penduduk lebih 300 juta dan nisbah bangsa Yahudinya di bawah dua peratus (tujuh juta orang) mendapat 33 peratus tempat di Mahkamah Agung. Apa pun usaha yang dilakukan majoriti rakyat Amerika untuk mengembalikan identiti Kristian mereka, ia tetap terhalang oleh kekuatan Yahudi Amerika kerana pada hakikatnya Amerika di bawah kekuasaan Yahudi sejak penubuhannya oleh Presiden Pertama, Abraham Lincoln keturunan Yahudi daripada keluarga Rothschild yang menjadi pemimpin puak rahsia Rosicrucian.
Jewish American Heritage Month, April lalu, Presiden Barack Obama memberi ucapan antaranya: "Bangsa kita menjadi tempat berlindung dan rumah bagi orang Yahudi Amerika. Mereka (Yahudi) memperkaya budaya nasional kita, Yahudi Amerika mempertahankan identiti unik mereka. Selama perayaan Jewish American Heritage Month, kita merayakan sejarah ini dengan rasa bangga dan hormat atas sumbangan tidak ternilai Yahudi Amerika atas apa yang mereka lakukan untuk bangsa kita. Sebagai pemimpin dalam semua segi kehidupan Amerika, baik sukan, hiburan, seni, akademik, perniagaan, pemerintah, dan tentera.
Yahudi Amerika membentuk bangsa dan perjalanan sejarah kita. Kita bangsa yang kuat dan negara yang penuh dengan harapan kerana ramai Yahudi dari seluruh dunia menjadikan Amerika rumah mereka."


Terbitan buku Agenda Yahudi Menakluk Dunia berupaya mengupas perancangan sulit bangsa Yahudi dalam merealisasikan agenda menakluk dunia. Mereka bercita-cita menubuhkan sebuah kerajaan Yahudi yang memerintah seluruh pelosok dunia. Penglibatan bangsa Yahudi turut dilihat dalam beberapa siri peristiwa besar yang terjadi pada hari ini.

Amru Al Asy - Pembuka Mesir



Synopsis

AMRU al-As adalah seorang lelaki Quraisy daripada keturunan Bani Sahm. Bapanya, al-As bin Wail seorang ahli perniagaan yang tersohor dan kaya-raya di kota Mekah. Beliau diasuh berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak dari usia kecil lagi. Perniagaan keluarganya sangat berjaya hingga membawanya berdagang jauh ke negeri Mesir.
Dilahirkan dalam keluarga berstatus bangsawan Quraisy, Amru dikurniakan akal yang cerdas sehingga menjadikannya salah seorang daripada pemidato dan juga diplomat Quraisy yang hebat dan pintar.
Nama Amru terus mengharum selepas peristiwa pembukaan kota Mekah atau dikenali juga sebagai 'Fathu Makkah'. Nabi Muhammad mengamanahkan kepadanya menghapuskan berhala besar yang disembah oleh penduduk Bani Huzail di Rahadh. Bermula dari hari itu, Amru terus menerima kepercayaan baginda. Dek kerana kebijaksanaan Amru, baginda menghantarnya sebagai wakil dakwah kepada raja Oman dua bersaudara iaitu Raja Abbad dan Raja Jaifar.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad, Amru terus mendapat kepercayaan daripada Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Amru diarahkan menggempur golongan murtad daripada Bani Qudha’ah dan Bani Wadi’ah. Kejayaan demi kejayaan yang diraih menjadi bukti ketokohan Amru di medan perang. Beliau dihantar sebagai panglima salah sebuah daripada empat pasukan tentera bagi membebaskan wilayah utara semenanjung tanah Arab daripada cengkaman Empayar Byzantine yang zalim. 

Perang Arab Israel - Selagi Belum Kiamat




Synopsis

"Palestine bukan milikku, bukan milik bangsa Turki tetapi milik bangsa Arab. Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa Arab tetapi milik umat Islam seluruhnya. Aku tidak akan sesekali menyerahkan bumi Palestine walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka. Simpanlah wang kamu yang berjuta ringgit itu kerana sekiranya suatu hari nanti Khilafah Islamiyah ini tumbang, kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran. Adapun, sekiranya aku masih hidup, aku lebih rela diriku dicincang daripada melihat bumi Palestine dikeluarkan dari Daulah Islamiyah dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku. Adakah kami akan membenarkan diri (Wilayah-wilayah takluk Kerajaan Turki Uthmaniyah) kami ini semua dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup?!"(Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1901 ketika ditawarkan oleh Tiodore Hertzel (Ketua Pertubuhan Zionis Antarabangsa dan antara pemimpin tertinggi freemasonry). Dipetik daripada kitab Kaifa Saqatot al-Khilafah al-Islamiyah, halaman 26)

Selepas Turki Uthmaniyah kalah dalam Perang Dunia Pertama (1914–1918), British yang menguasai tanah jajahan Turki Uthmaniyah (termasuk Palestine) mengisytiharkan Perisytiharan Balfour pada tahun 1917 dengan mengiktiraf negara Israel tanpa menafikan hak-hak sivil dan agama masyarakat bukan Yahudi di Palestin. Sejak dari itu, seramai 85,000 orang Yahudi sudah pun bermastautin di Palestin. Pada tahun 1947, UN Partition Resolution (GA 181) membahagikan tanah Palestine dengan 4,700 batu kepada 1.35 juta penduduk Arab Palestine manakala 5,300 batu kepada 630 ribu pendatang Yahudi. Pembahagian yang jelas berat sebelah mencetus Perang Arab-Israel 1947 dan PerangArab-Israel 1948. 
Buku ini mendedahkan:
  • Faktor kekuatan tentera Israel yang memenangi Perang Arab-Israel 1947-1948,Perang Suez 1956, dan Perang Enam Hari 1967, Perang Yom Kippur 1973
  • Faktor kelemahan tentera gabungan Arab yang mendorong kekalahan kepadaIsrael.
  • Strategi yang digunakan oleh kedua-dua pihak.
  • Perjanjian Camp David: Sebab dan kesan ke atas Palestine dan Negara-NegaraArab di sekitarnya.
  • Konflik Israel-Lubnan (1978-2006): Harapan buat Negara-Negara Islam?
  • Palestine: Kesengsaraan, bantuan Luar dan harapan masa depan.

Alexander Adalah Zulkarnain




Sinopsis

"Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." (surah al-Kahfi: 83-84)

Sejak sekian lama, nama agung Zulqarnain cuba dikaitkan dengan nama-nama raja agung dalam sejarah. Mustahil raja agung yang tercatat di dalam al-Quran 'hilang' dalam rekod sejarah. Bukan seorang dua raja agung yang dinobatkan, namun mengaitkan peribadi raja dengan iman yang disebutkan di dalam al-Quran masih 'misteri.'

Mencari Zulqarnain ibarat bermain teka-teki. Setiap teka-teki mempunyai kata kunci. Antara kata kunci utama adalah beriman, menjelajah timur dan barat dan bertemu dengan Yakjuj dan Makjuj. Tersalah pada satu kata kunci, calon raja agung terkeluar daripada gelaran Zulqarnain.

Senarai calon raja agung sudah dibuat, kata kunci sudah dirungkaikan, ternyata Alexander the Great adalah calon yang paling layak. Biar pun tuduhan musyrik yang dilemparkan, buku ini menjawab Alexander Macedonea atau Iskandar al-Makduni adalah orang yang beriman pada satu Tuhan yang esa, pembebas timur dan barat dan pembina tembok Yakjuj dan Makjuj.

Buku Alexander adalah Zulqarnain mendedahkan profil Alexander the Great, anak Philip II, agamanya, dan kaitannya dengan bangsa paling kejam dalam sejarah, Yakjuj dan Makjuj. Menjawab tuduhan musyrik yang dilemparkan, membersihkan peribadinya daripada sembahan pagan dan membuktikan bahawa beliau sememangnya beriman.

Antara kandungan menarik di dalam buku ini: Alexander the Great di dalam Tafsir al-Quran * Nama Alexander the Great dicemari di dalam Teks Yunani-Rom Kuno * Senarai Penguasa Dunia (1010 - 330 SM) * Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj & Makjuj * Oasis Monoteisme di tengah Gurun Paganisme Yunani * Peringkat Awal Misi Pembebasan Alexander * Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem *  Pengembaraan Alexander di Timur * Pengembaraan Alexander di Barat * Pertemuan Alexander dengan Kaum-kaum yang disebut di dalam al-Quran * Lokasi Alexander membina Tembok Besi * Jawapan kepada Tuduhan.

Armagedon 2012



Synopsis

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.
Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.
Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).

Timulak Kapal Perang




Sinopsis

Andayu, Unong, Suri dan Sirah adalah anak-anak gadis di daerah Inanam yang berani dan bersemangat waja dalam menentang penjajah Inggeris. Mereka berjuang bersama-sama dengan pejuang yang lain di bawah pimpinan Penghulu Inanam, iaitu Paduka Mat Salleh.

 Penduduk Inanam tidak senang dengan tindak-tanduk penjajah Inggeris yang memaksa mereka membayar cukai. Dalam pertempuran dengan pihak Inggeris di Pulau Gaya, pengikut Paduka Mat Salleh berjaya menewaskan pihak Inggeris.

 Pihak Inggeris kemudiannya bertindak balas dengan membakar harta benda orang kampung. Selepas itu, pihak Inggeris menyerang kubu kuat Paduka Mat Salleh di lereng Gunung Kinabalu pula.

Dalam pertempuran tersebut, banyak askar upahan Inggeris yang mati. Namun, Paduka Mat Salleh mengarahkan para pengikutnya supaya berundur ke tempat yang lebih selamat. Dia ingin menyusun strategi pertempuran bagi menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak Inggeris kelak.

Kabus Di Perbukitan



Synopsis

 Novel Kabus di Perbukitan mengisahkan seorang wanita bernama Faridah yang  ditimpa kemalangan jalan raya dan hilang secara misteri. 

Faridah mengalami halusinasi ketika koma dan mempunyai hubungan telepati dengan adik kembarnya,Rahayu. Dengan bantuan Rahayu, Faridah berjaya ditemui di kawasan orang asli suku Temuan. Ketika Faridah sedar daripada koma, Rahayu didapati telah meninggal dunia di sisi Faridah akibat penyakit leukemia. 

   Kehidupan Faridah penuh dengan dugaan. Tidak lama selepas ibunya meninggal dunia, suaminya pula meninggal dunia dalam kemalangan 
jalan raya. Faridah mengalami tekanan jiwa akibat kehilangan orang-orang tersayang. Faridah mendapat peluang berkursus di New Zealand lalu 
menetap di sana selama 25 tahun. Faridah telah bertemu jodoh dengan Soleh Johnsons dan dikurniakan sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne. 

   Melina berkahwin dengan Benny yang berketurunan Arab dan berhijrah ke Terengganu, Malaysia. Benny telah berkawan dengan Mohamed 
Attar yang terlibat dalam perjuangan agama secara agresif. Benny melarikan diri ke Dubai setelah mendapat berita bahawa Mohamed Attar telah 
ditangkap. Walau bagaimanapun, akhirnya Melina dan Benny bertemu kembali di Dubai dan mereka menetap di sana.
 
   Anne pula berkahwin dengan Zain, anak Datuk Azrul, bekas teman lelaki arwah Rahayu. Zain mengambil alih perusahaan keluarga Soleh 
Johnsons di New Zealand. Faridah dan suaminya mengambil keputusan hendak menetap di Cameron Highland. Soleh Johnsons telah bekerjasama dengan Datuk Azrul untuk mengusahakan projek agropelancongan di 
kawasan tanah tinggi Lojing. Usaha mereka sangat berjaya.

 Faridah bertekad untuk membina jati diri di tanah airnya.